Monday 22 February 2010

Video Pilihan Paling Hangat Bulan Feb 2010

SEMOGA ANDA TERHIBUR !!!
Terdapat juga komen-komen yang menarik disetiap klip untuk cambahan minda anda..

Saksikan lah ...hingga Part 3




Part 1 hingga Part 41



Subhanallah... so touching...

Sunday 14 February 2010

Valentine Day's Bukan Budaya/Cara Hidup Umat Islam




14 Februari sudah pastinya harga bunga ros akan jauh lebih mahal daripada hari-hari biasa. Begitu juga dengan pakej-pakej istimewa yang disediakan oleh kebanyakan restoran dan hotel. Tidak ketinggalan juga radio dan tv menyiarkan rancangan istimewa bersempena dengan Hari Valentine atau Hari Mengingati Kekasih ini. Setiap tahun pada hari ini ramai pasangan kekasih akan meraikannya.

Bunga ros dan kadang-kadang berserta hadiah seperti coklat akan diberi kepada pasangan masing-masing. Di samping itu ada juga yang pergi makan malam bersama. Paling kurang pun ucapan sayang akan dilafaz atau dinyatakan melalui sms, email atau kad pada tanggal 14 Februari ini. Semua ini adalah untuk menzahirkan perasaan hati kepada pasangan yang disayangi.





Bolehkah hari Valentine diraikan oleh umat Islam?



Apakah hari Valentine itu? Siapakah Valentine sebenarnya? Kenapa ianya dikenali sebagai hari memperingati kekasih? Bila dan bagaimanakah sambutan ini bermula? Kenapa pada 14 Februari? Bolehkah hari Valentine ini disambut oleh umat Islam? Sebenarnya terdapat beberapa cerita tentang hari kekasih ini. Beberapa orang ulama juga telah membuat kenyataan mengenai hukum menyambut hari kekasih ini.

Berikut disenaraikan beberapa penulisan yang berkaitan dengan persoalan di atas;

Catatan Pendita
Perayaan Valentine’s Day Atau Hari Kekasih
Al-Islahonline
Pandangan Islam Terhadap Hari Valentine
Utusan Malaysia
Murtad Sambut Hari Kekasih
Utusan Malaysia
Haram Sambut Hari Kekasih
Mutiara Hati
Valentine's Day, Apa Pandangan Islam?
Dunia Hatiku
Sambutan Yang Mengarut!
Wadah Wanita Islam
Usah Terperangkap Jerat Cinta Valentine
Jabatan Mufti Negeri Selangor
Hukum Menyambut Valentine's Day
Mohd Hariri
Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam



Disunting dari :http://blog.azhad.com/2007/02/hari-valentine.html



Tuesday 2 February 2010

ORANG MUDA & Mat motor .JOM KASI GEGAR PENANG ..Konsert Kesenian Islam..

Mai Jangan Tak Mai ...

Jom ramai-ramai ke Tapak Ekspo Seberang Jaya Sempena " KARNIVAL PENANG HARMONI"..
1 Hingga 7 Februari ..dipenuhi dgn ceramah dari penceramah terhebat !!!

Jangan lupa Sabtu ini ...
* Persembahan Vokalis Kumpulan

ARROW - WINGS - XPDC- MELISSA

UTK brader Motor ... Ada servis Motor Percuma
& Demo Menunggang Motorsikal Berhemah oleh Sdr . Yasir ......

Terdapat juga Pelbagai Jualan Barangan , Makanan , Perkhidmatan dari keluaran Bumiputra Muslim ......

Thursday 28 January 2010

Jiwangkah aku??

Pertanyaan/kemusykilan timbul dalam diriku bila ditanya "Apa itu Cinta?"

Cinta... cinta itu apa? ..seorang lelaki mungkin segan menjelaskan kerna dibimbangi di label "JIWANG"

Salah kah cinta itu diperjelaskan?

Mungkin ini jawapannya...
.............................................................................





Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar,

namun jika cinta ku datangi,

aku jadi malu pada keteranganku sendiri meskipun lidahku telah mampu menguraikan,

namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang,

sementara pena begitu tergesa -gesa menuliskannya,

kata- kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta,

Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya,

bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,

cinta sendirilah yg yang menerangkan cinta dan percintaan .....................







.........................................................................

kau mencintai ku seperti bunga mencintai titah Tuhannya,

tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia

tak pernah lelah meneduhkan gelisahnya

kau mencintai ku seperti matahari mencintai titah Tuhannya

tak pernah lelah mambahagi cerah cahaya

tak pernah lelah menghangatkan jiwa ................

Wednesday 27 January 2010

Anak Minang merantau ke Utara Tanah air

Dah tigo tahun labeh den berado di Pulau Pinang... merantau mencari rezeki ALLAH, alhamdulillah. Dikelilingi kawan & sahabat yg sentiasa memberi nasihat,berkongsi pengalaman, tunjuk ajar dalam den menempuh liku-liku kehidupan serta bersama-sama menuju redha ALLAH.Semoga ALLAH memberkati kalian..

Walaupun ado kawan2 den berlainan negeri , bahaso/dialek, den belajar lah ke semuo aie, kelate ado ( den sebut jo macam org Siam dikato aie ) , ganu ado, kedah ado , jawa/johor.. tambahan lak bahaso penang ni,dah 3 tahun den ke'k sini pun memang tak dapat fasih walaupun Nasi kandar antara favorite den... bilo den berbahaso penang nie memang org dah agak den bukan org Penang ..ha ha ha .

Yo lah den kelahiran anak Selangor berketurunan Melayu Minang tapi bukan negeri 9..Keturunan den di si nun seperti lagu dibawah...

Tuesday 26 January 2010

Thanks Allah..

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah & Maha Mengasihi..

Alhamdulillah, hajat untuk menpunyai blog dapat juga ditunaikan,thanks to bloggers ijanznazrio membantu...
Insyaallah blog ini akan mempunyai "akhlak"yg diredhai ALLAH dengan terkandungnya ilmu
serta pengalaman & perkara yg berfaedah..


Pengalaman lalu byk juga mengajar bloggers-bloggers untuk lebih berhati-hati dalam sebarang terbitan,memahami sensiviti , serta bersama rakyat Malaysia yg cintakan perpaduan,keamanan serta nilai-nilai keharmonian...